*KEHIDUPAN*

TAATILAH SUAMI MU ......... syurga menanti anda  

Wednesday, May 26, 2010

Pernikahan adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada laki-laki dan perempuan dengan kadar yang sama dan berimbang, ia adalah wujud kecintaan, kasih sayang, mementingkan pasangan, saling memberi dan menerima, hal itu terbaca jelas dalam firman Allah Subhanahu waTa'ala,

وَمِنْ ءايَـتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَجاً لِّتَسْكُنُواْ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِى ذَلِكَ لأَيَـتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴾
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. ar-Rum: 21).

Demi menjaga kelangsungan kasih sayang dan hubungan baik antara suami isteri maka Allah meletakkan hak bagi masing-masing atas pasangannya.

Firman Allah Subhanahu waTa'ala, وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِى عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوف
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ِ
, "…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (QS. al-Baqarah: 228).

Isteri mempunyai hak-hak atas suami yang tidak sedikit yang wajib diberikan oleh suami kepadanya, jika suami tidak menunaikannya, maka hal itu dianggap sebagai dosa dan kemaksiatan yang tidak ringan di sisi Allah. Sebaliknya suami memiliki hak-hak atas isteri sebanding dengan hak isteri atas suami, di antara hak-hak suami adalah hendaknya seorang wanita muslimah menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suaminya dengan menunaikan hak-haknya sebaik-baiknya.

Besarnya hak suami atas isteri.
Hak suami atas isteri adalah besar, kedudukannya di hadapannya adalah agung, hal itu tergambar dengan jelas melalui:

A. Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada isteri agar bersujud kepada suami seandainya makhluk boleh bersujud kepada makhluk. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Seandainya aku memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain niscaya aku memerintahkan isteri agar bersujud kepada suaminya." (HR. at-Tirmidzi)

B. Murka yang di langit kepada isteri yang menolak permintaan suami untuk bermesra, murka ini hapus jika suami redha kepada isteri. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Demi dzat yang jiwaku berada ditanganNya, tidak ada seorang suami mengajak isteri ke ranjangnya lalu isterinya menolaknya kecuali yang di langit memurkainya sehingga suami redha kepadanya ."

C. Penunaian ibadah-ibadah sunnah oleh isteri bergantung kepada izin suami, jika ibadah-ibadah tersebut menghalangi hak suami. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Tidak halal bagi wanita berpuasa sementara suaminya ada/hadir kecuali dengan izinnya. Dan hendaknya dia tidak mengizinkan di rumahnya kecuali dengan izinnya."

Khusus dalam hal ini terdapat teladan dari Aisyah radiyallahu 'anha isteri Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam, Aisyah berkata, "Aku pernah berhutang puasa Ramadhan, aku baru bisa melunasinya di bulan Sya'ban hal itu karena kedudukan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam." (HR. Jamaah).

D. Menghadirkan seseorang di rumah suami bergantung kepada restu suami. Sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah radiyallahu 'anhu di atas, "Dan hendaknya dia tidak mengizinkan di rumahnya kecuali dengan izinnya."

E. Izin khulu' -menuntut berpisah dari isteri dengan membayar iwadh (ganti rugi)- dalam kondisi isteri takut tidak mampu menunaikan hak-hak suami seperti yang dilakukan oleh isteri Tsabit bin Qais. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbasz berkata, isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia berkata, "Ya Rasulullah, aku tidak membenci agama dan akhlak Tsabit, hanya saja aku takut kufur dalam Islam." Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bertanya, "Apakah kamu mahu mengembalikan kebunnya kepadanya?" Dia menjawab, "Ya." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta Tsabit berpisah darinya. Apa yang dilakukan isteri Tsabit ini merupakan tindak lanjut dari firman Allah Subhanahu waTa'ala,

وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلاَّ أَن يَخَافَآ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ
, "Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya." (QS. al-Baqarah: 229).

F. Ihdad (berkabung) hanya boleh tiga hari tetapi untuk suami -maksudnya jika suami yang meninggal- maka masa ihdad lebih panjang iaitu empat bulan sepuluh hari.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir berihdad atas mayat lebih dari tiga malam kecuali atas suami iaitu empat bulan sepuluh hari." (Muttafaq alaihi).

G. Tatanan iddah (masa tunggu) bagi isteri yang berpisah dari suami, di mana dalam masa ini isteri belum boleh menerima lamaran dari orang lain karena hak suami dan suami tetap dinamakan suami yang memegang hak rujuk jika berpisahnya masih memungkinkan untuk rujuk.
firman Allah Subhanahu waTa'ala,

﴿وَالْمُطَلَّقَـتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَـثَةَ قُرُوءٍ وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِى أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُواْ إِصْلَـحاً
"Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah." (QS. al-Baqarah: 228).
- bersambung
rujukan:
http://yusofembong.blogspot.com

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


.:TUAN GURU HADI HEBAT:.  

Wednesday, February 17, 2010

MARANG, 17 Feb - Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di berhampiran rumahnya.











(Gambar sebelah: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)


Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 5.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.


"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi menjala di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus terjun ke laut dan menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.


Mangsa pula, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.


Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.


Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.


Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.


Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.


"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

alfath : sumber dari web PAS..lepas ini, moh kita belajar berenang

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


Umrah Tarbawi  

Tuesday, February 16, 2010



Salam…

Maaf lama tidak mengemaskini blog.. sudah bersawang pun blog barang kali

Sibuk dengan kerja..

Sibuk dengan persiapan.. Mungkin ada yang tertanya, persiapan apa..

Pesiapan menamatkan zaman bujang.. Alhamdulillah. Jadi silalah melawat ke laman sesawang K.A.M.I Al-Fath

Kemudian, kembali sibuk dengan kerja dan pesiapan rumah baru (baca: sewa).. Dalam kesibukan saya, Allah bagi saya kemudahan untuk menguruskan peserta Umrah..Pening juga hendak menguruskan..Pertama kali menguruskan dari mula sampai akhir..Bermula dengan iklan sehinggalah pendaftaran..jadi sekarang fasa untuk mengumpul duit pendahuluan dan dokumen-dokumen penting.

Dari sini saya belajar untuk bersabar.. bersabar dengan karenah dan ragam orang ramai..sampaikan seolah-seolah fobia untuk mengangkat telefon..huhu, terasa malas nak berkata-kata.Bukan apa, takut tergarang atau kmarah-marah denagn mereka padahal mereka pastinya lebih tua dari saya..hehe;) lawak lah rasanya…Bak kata orang,"pengalaman mengajar kita erti kedewasaan".

Jadi seterusnya akan diadakan kursus umrah bagi peserta yang mengikuti kembara Umrah Tarbawi kali ini..harga yang kami tawarkan sekadar kemampuan orang ramai, InsyaAllah. Nama pun tarbawi jadi adalah eleman tarbiyyah dalam umrah yang kami sediakan. Rasulullah S.A.W dan sahabat juga mengalami tarbiyyah, inikan kita manusia biasa.

Terasa juga ingin melangkah kaki ke sana menunaikan ibadah Umrah, tetapi mungkin belum rezeki saya. tapi saya yakin, InsyaAllah akan sampai masanya juga.. Setiap Kesabaran itu, Allah Balas dengan sesuatu yang sangat berharga:) Jadi usaha, doa dan tawakal.Itulah resipinya.


alfath : PUT YOUR TRUST IN ALLAH

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


.:PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT:.  

Sunday, January 24, 2010

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa in
gat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia a
mbilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


.:BABY BARU:.  

Wednesday, November 11, 2009

Salam perjuangan sahabat-sahabiah.
Ini anak buah saya yang keempat hasil perkahwinan Mohammed Irfan dan Habsah.
Mesti tertanya-tanya kenapa dia pakai wayar oksigen,kan?
Sebenarnya sebab dia lahir sangat kecil, sekitar 1.5 kg sahaja, tetapi cukup umur dia lahir pada pagi Sabtu yang lepas di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Umi nya lahirkan baby secara bedah.huhu...sebab jantung baby lemah, then DR. suggest untuk bedah..risiko kalau umi baby xkuat untuk push dia keluar.
Mungkinkah baby ini takut untuk keluar sebab macam-macam berlaku di dunia ini? Wallahu'alam.
Hadirah Zahra, bermaksud yang cantik, yang berseri. Semoga Hdirah menjadi anak yang solehah, rajin n pandai. Baby ini mukanya sangat seiras dengan ayahnya, alamatnya manja dengan ayah lah nanti.."Anak Ayah"
Cepat sihat ya, Hadirah. Nanti boleh main2 denagn abg Adam, Kakak Juma dan Abg Iman
'Ya Allah, Engkau sihatkan Hadirah ini'

alfath : xsabar nak jumpa anak sedara ke4 ni

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


.:SI COMEL:.  

Monday, November 9, 2009

Kali ini Entry mengisahkan "Si Comel". Siapa agak-agaknya mereka ini, ya? Mereka ini penyeri buat kakak dan abang ipar. Layanlah dulu "Si Comel" ini.

Ini lah dia Hero pertama, Muhammad Adam Muhaimind. Tengoklah lagaknya itu.


Si manis ini, Heroin pertama tapi anak kedua yang membahasakan dirinya sebagai 'kakak',
Najuma Widad nama diberi.
Adik ini namanya Muhammad Nur Iman dengan gaya kepala ala-ala botak, sibucuk ibu.

Ketiga- tiga mereka ade gelaran yang diberikan oleh ayah mereka. Geli hati gelaran mereka. Gelaran mereka nie diberi sempena perangai mereka.

abang : kencing he kakak : nangis he adik : manja he

gambar-gambar ini semua dirakam semasa raya Aidilfitri baru-baru ini. Walauapun tanpa Wan Enun, tapi cucunya ini bergembira dan happening dengan kehadiran cicit-cit wan ini.

ini adalah antara aksi-aksi yang sempat dirakam.

alfath : kadang-kadang maklangnya dibuli oleh mereka


AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


::TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROVERSI::  

Thursday, October 29, 2009



26 September - Berita pelik bin ajaib!! angkara siapa kah makhluk ini ada di dalam rumah?Kenapa ia ada di sini? Komen sikit..saya membuka pandangan dan ulasan anda. Mari kita terjah...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster