Showing posts with label pengalaman. Show all posts
::Akal Manusia Sangat Pendek::
Thursday, October 29, 2009
Benarlah akal manusia ciptaan Allah ini sangat pendek. Hanya Allah, Ya 'Alim,yang mengetahui segala-galanya sedang manusia hanya boleh berhipotesis dengan tujuan tertentu. Tiada siapa di dunia ini yang mengetahui apa yang akan berlaku kecuali yang telah berlaku dan yang sedang berlaku.
Sering kali kita tak menduga sesuatu itu akan terjadi. Ya, tanpa qadha dan qadar Allah, itu juga tidak akan berlaku. Begitu juga dengan saya yang sejak kebelakangan ini asyik dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka. Tapi apa yang berlaku, tetap akan berlaku. Sangat banyak perkara yang tak capai dek akal kita, contohnye, sepanjang tahun 2008-2009 ini sudah 9 kali Pilihanraya Kecil sama ada di peringkat Parlimen dan di peringkat Dun telah berlaku di Malaysia. Dan yang terbaru di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. tak kisah siapa yang menang sekali pun, yang penting jalankan tugas anda dengan sebaiknya kerana sesungguhnya menjadi pemimpin bukanlah perkara mudah.
Berita kedua yang saya terima yang memeranjatkan saya adalah pernikahan sahabat baik yang bukan sahaja sahabat tetapi adik bagi saya. Kami telah berkawan sejak dari sekolah rendah. Dulu kami berlima, sekarang berempat, seorang lagi mendiamkan diri senyap tanpa berita walaupun masih tinggal ditempat yang sama. Pernikahannya, hanya di kalangan keluarga dan dijemput sahabat-sahabat terdekat. Pernikahan tanpa walimatul'urus. Difikiran saya terlintas perkara-perkara negatif, namun saya cepat-cepat beristighfar dan berdoa semoga sahabat baik saya itu selamat dari setiap perkara yang buruk. Bila saya selidik(baca: selidik sendiri sebab empunya diri tak mahu jawab SMS saya), rupa-rupanya kerana polisi daripada Petronas yang tak mengizinkan penerima biasiswa Petronas tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang menerima biasiswa petronas juga. Tapi kenapa xbuat kenduri terus??Mungkin kesuntukan masa. Tapi saya tidak dapat merakam detik bersejarah sahabat saya itu bersama kerana saya berada di luar Pahang. InsyaAllah, bila dia buat kenduri, saya akan hadir.Belum pun habes persoalan saya tentang perkara itu, balik ke rumah, terbaca whiteboard,saya mengucap panjang. Diberitakan anak kak Dijah bersama Ustz Ramadhon, Nur Fatimah sakit dan terlantar di hospital. Saya rasa dalam rumah itu, saya the latest yang tahu berita itu. Kemudian hari Khamis itu, kami melawat NF di wad ICU, Hospital Putrajaya. Ketika rehat, saya mengambil peluanag bersama-sama kak Ar, kak Milah dan kak Nurul. Sambil melawat saya doakan dia akan cepat sihat,boleh pulang rumah baba dan mamanya. Hati saya tersentuh tatkala melihat ketenangan mama n babanya di hospital ditemani mak mamanya. Saya pasti mereka telah redha atas musibah yang Allah turunkan kepada mereka, Allah tidak akan membebani mereka jika mereka tidak layak..SubhanaAllah, Allah telah memilih mereka untuk merasai ujian ini xlain dan tak bukan untuk menguji keimanan mereka. Kemudian hari Khamis berikutnya, pepagi tengah gosok baju, teman rumah dapat mesej dari kak Dijah, NF telah kembali ke rahmatullah. Qolu, innalillahiwa inna ilaihiraji'un. Cerita lanjut mungkin boleh buka dijahis.blogspot.com .
Hari yang sama juga Kak Ar tak sihat.Semoga cepat sembuh.
Ada lagi rasanya, tapi sudah lupa lah. Jadi berhenti di sini dulu ye. Izin laluan untuk berhenti.
alfath : terasa kerdil diri ini di depanMu, Ya Allah

Posted in borak-borak, pengalaman by C@H@Y@P3MBUK@@N | 0 comments
.:RAMADHAN TELAH BERLALU:.
Monday, October 19, 2009

Diam tak diam, hari ini sudah masuk ke bulan Zul ka'idah 1430H. Berlalu lah sudah Syawal dan Ramadhan. Saya mendoakan Ramadhan yang berlalu menjadi iktibar buat kita. Manalah tahu jika nyawa kita tidak sampai ke Ramadhan 1431H nanti. Mungkin terlalu lewat untuk saya nyatakan tentang pesanan ini pada hari ini. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini mengajar kita tentang makna puasa yang sebenarnya.
Kali ini Ramadhan saya, rasanya sedikit berbeza dengan sebelumnya. Kenapa saya kata begitu? Pengalaman manis bagi saya Ramadahan kali ini. Sebabnya banyak sangat tapi mungkin yang terkuat sahaja yang saya coretkan. Ramadhan lalu, buat pertama kali saya tinggal di rumah sewa. Kalau dulu saya selalu terfikir, bagaimana orang berpuasa bersama kawan-kawan di rumah sewa. Tambahan pula, tahun ini saya telah bekerja. Jadi masa Rejab, saya bertanya kepada rakan-rakan office saya keadaan Ramadhan di office. Alhamdulillah, office saya islamik. Jadi kami di benarkan pulang pada jam 4.00 petang. Saya rasa office lain paling kurang pun, jam 4.30 petang baru pulang. Bermakna, saya pulang sejam lebih awal dari masa biasa. Walau bagaimana pun, saya tetap datang awal. Ada sebab kenapa saya datang awal ke office. Jam 7.30 pagi sa
ya telah terpacak di tempat duduk saya. Itu pun, kalau tiada halangan untuk datang awal. Ramadhan kali ini pun, saya telah mencuba jalan lain untuk ke office. Itulah salah satu faktor untuk saya sampai cepat. Balik pun sama, saya telah mencuba jalan baru tapi saya terpaksa bayar RM 1 pada penjaga tol. Tapi semalam, saya juga telah berjaya cari jalan pulang tanpa tol.Seronoknya=) Tak perlu lagi saya bersesak-sesak di jalan raya. Hidup di KL ini, membuatkan saya belajar tentang jalan raya. Tak hairan lah jika bos saya nak ke mana-mana, diajaknya saya padahal, bukan hebat sangat pun. Orang kata, tengok papan tanda sahaja.Alhamdulillah..
Ok, kembali kepada topik asal. Bila pulang ke rumah, saya ada masa yang agak banyak berbanding sebelum puasa.Jadi, dapatlah saya merehatkan diri saya sebelum mandi dan bersedia untuk berbuka. Di mana saya berbuka?jeng..jeng..Inilah yang saya katakan pengalaman paling manis kerana sebelum ini, biasa sahaja berpuasa di rumah. Bukanlah saya kata di rumah itu tak best. Best juga. Ramadhan ini, saya belajar untuk berbuka di masjid. bukan masjid yang sama setiap hari. Tapi sebelum ini, pernah juga berbuka di masjid. Dalam fikiran saya, pasti sama berbuka di masjid di Kl dengan Johor. Rupa-rupanya tidak sama. Yang membezakannya ialah, di Johor, kami makan menggunakan dulang 5-6 orang sedulang. Di KL, makanannya dihidang. Wah, seperti dalam kenduri! Juadahnya juga mewah. Selepas solat maghrib, kami akan ke sebuah masjid lagi yang lebih dekat dari rumah untuk mengerjakan solat sunat Terawih.
Solat Sunat Terawih pun saya dapat merasai beberapa buah masjid. Cuma, ade beberapa hari yang saya tak dapat terawih secara berjemaah atas alasan-alasan tertentu. Tapi kali ni
, sya memang mencatat sejarah, lebih lima buah masjid yang saya pergi untuk Solat Sunat Terawih. Ada yang buat lapan rakaat dan ade yang buat 20 rakaat.itu belum termasuk solat sunat witir. Kebiasaannya, saya tidak meninggalkan Solat Sunat Witir itu. Syukran Ya Allah, memberi kesempatan pada diriku untuk menjalani ibadat puasa dengan sebaiknya. Tapi pada kali ini, agak sedih kerana sekali lagi , sya tidak dapat beriktikaf di 10 malam terakhir di mana-mana masjid kerana beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Sungguh pun begitu, amalan saya mengaji habis satu naskah Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak saya tinggalkan sejak saya akil baligh lagi dan saya percaya yang pembaca-pembaca juga tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran ketika bulan puasa. Diharapkan sikap itu akan berterusan sehingga nyawa kita ditarik keluar dari tubuh badan kita.Itulah sedikit sebanyak tentang Ramadhan 1430H saya. Ramadhan yang mengajar saya tentang erti dan nikmat puasa. Pada kali ini juga banyak program-program berbentuk kebajikan yang saya sertai bersama.Alhamdulillah.
alfath : nantikan tentang pengalaman Syawal pula
Posted in pengalaman, ramadhan by C@H@Y@P3MBUK@@N | 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)