*KEHIDUPAN*

.:RAMADHAN TELAH BERLALU:.  

Monday, October 19, 2009


Diam tak diam, hari ini sudah masuk ke bulan Zul ka'idah 1430H. Berlalu lah sudah Syawal dan Ramadhan. Saya mendoakan Ramadhan yang berlalu menjadi iktibar buat kita. Manalah tahu jika nyawa kita tidak sampai ke Ramadhan 1431H nanti. Mungkin terlalu lewat untuk saya nyatakan tentang pesanan ini pada hari ini. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini mengajar kita tentang makna puasa yang sebenarnya.

Kali ini Ramadhan saya, rasanya sedikit berbeza dengan sebelumnya. Kenapa saya kata begitu? Pengalaman manis bagi saya Ramadahan kali ini. Sebabnya banyak sangat tapi mungkin yang terkuat sahaja yang saya coretkan. Ramadhan lalu, buat pertama kali saya tinggal di rumah sewa. Kalau dulu saya selalu terfikir, bagaimana orang berpuasa bersama kawan-kawan di rumah sewa. Tambahan pula, tahun ini saya telah bekerja. Jadi masa Rejab, saya bertanya kepada rakan-rakan office saya keadaan Ramadhan di office. Alhamdulillah, office saya islamik. Jadi kami di benarkan pulang pada jam 4.00 petang. Saya rasa office lain paling kurang pun, jam 4.30 petang baru pulang. Bermakna, saya pulang sejam lebih awal dari masa biasa. Walau bagaimana pun, saya tetap datang awal. Ada sebab kenapa saya datang awal ke office. Jam 7.30 pagi saya telah terpacak di tempat duduk saya. Itu pun, kalau tiada halangan untuk datang awal. Ramadhan kali ini pun, saya telah mencuba jalan lain untuk ke office. Itulah salah satu faktor untuk saya sampai cepat. Balik pun sama, saya telah mencuba jalan baru tapi saya terpaksa bayar RM 1 pada penjaga tol. Tapi semalam, saya juga telah berjaya cari jalan pulang tanpa tol.Seronoknya=) Tak perlu lagi saya bersesak-sesak di jalan raya. Hidup di KL ini, membuatkan saya belajar tentang jalan raya. Tak hairan lah jika bos saya nak ke mana-mana, diajaknya saya padahal, bukan hebat sangat pun. Orang kata, tengok papan tanda sahaja.Alhamdulillah..

Ok, kembali kepada topik asal. Bila pulang ke rumah, saya ada masa yang agak banyak berbanding sebelum puasa.Jadi, dapatlah saya merehatkan diri saya sebelum mandi dan bersedia untuk berbuka. Di mana saya berbuka?jeng..jeng..Inilah yang saya katakan pengalaman paling manis kerana sebelum ini, biasa sahaja berpuasa di rumah. Bukanlah saya kata di rumah itu tak best. Best juga. Ramadhan ini, saya belajar untuk berbuka di masjid. bukan masjid yang sama setiap hari. Tapi sebelum ini, pernah juga berbuka di masjid. Dalam fikiran saya, pasti sama berbuka di masjid di Kl dengan Johor. Rupa-rupanya tidak sama. Yang membezakannya ialah, di Johor, kami makan menggunakan dulang 5-6 orang sedulang. Di KL, makanannya dihidang. Wah, seperti dalam kenduri! Juadahnya juga mewah. Selepas solat maghrib, kami akan ke sebuah masjid lagi yang lebih dekat dari rumah untuk mengerjakan solat sunat Terawih.Solat Sunat Terawih pun saya dapat merasai beberapa buah masjid. Cuma, ade beberapa hari yang saya tak dapat terawih secara berjemaah atas alasan-alasan tertentu. Tapi kali ni, sya memang mencatat sejarah, lebih lima buah masjid yang saya pergi untuk Solat Sunat Terawih. Ada yang buat lapan rakaat dan ade yang buat 20 rakaat.itu belum termasuk solat sunat witir. Kebiasaannya, saya tidak meninggalkan Solat Sunat Witir itu. Syukran Ya Allah, memberi kesempatan pada diriku untuk menjalani ibadat puasa dengan sebaiknya. Tapi pada kali ini, agak sedih kerana sekali lagi , sya tidak dapat beriktikaf di 10 malam terakhir di mana-mana masjid kerana beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Sungguh pun begitu, amalan saya mengaji habis satu naskah Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak saya tinggalkan sejak saya akil baligh lagi dan saya percaya yang pembaca-pembaca juga tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran ketika bulan puasa. Diharapkan sikap itu akan berterusan sehingga nyawa kita ditarik keluar dari tubuh badan kita.Itulah sedikit sebanyak tentang Ramadhan 1430H saya. Ramadhan yang mengajar saya tentang erti dan nikmat puasa. Pada kali ini juga banyak program-program berbentuk kebajikan yang saya sertai bersama.Alhamdulillah.

alfath : nantikan tentang pengalaman Syawal pula

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster