*KEHIDUPAN*

.:JOM KITA PERGI:.  

Tuesday, August 18, 2009

Salam ukhwah..

Nisa' Malaysia dengan kerjasama GreenTea Colustrum menjemput Tan Sri/Puan Sri,Dato' eri/Datib Seri, Dato/Datin, Tuan/Puan, saudara/ saudari ke Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan, Permulaan Gaya Hidup sihat pada 21 Ogos (1 Ramadhan) di Masjid Asy-Syakirin, KLCC jam 2 petang..

Ada Apa Yang Menarik

- Penampilan Istimewa, Nurdiana (baca:Ina Naim) dan Nabil (baca: Fare ast)
- Cenderamata yang menarik di dalam Goodie Beg yang comel
- Ada program Tadarus dan berbuka puasa
- Yang penting semuanya free:)

JADI JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN PROGRAM JULUNG KALI INI... DATANG JANGAN TAK DATANG

AddThis Social Bookmark Button


.:MULIANYA SEORANG ISTERI:.  

Monday, August 17, 2009


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat
kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlutakut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah iz inkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10


alfath : diri sendiri yang masih bujang

AddThis Social Bookmark Button


.:PERGI TAK KEMBALI:.  

Thursday, August 13, 2009

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan dibaca
Cemas di dada lemah tak bermaya
Lemah tak bermaya terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal kepada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah ataupun sebaliknya

Amalan dan taqwa menjadi bekalan
Sejahtera bahgia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi

RABBANI

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 akibat sakit jantung...Al-Fatihah..
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..amin.........

AddThis Social Bookmark Button


.:FATHURRAHMAN:.  

Sunday, August 9, 2009

Salam ukhwah. pastinye masing-masing mempunyai minat tersendiri dalam hal memeilih kereta idaman. bercerita mengenai kereta idaman, xtahu kenapa saya sangat meminati saga. tapi semestinya saya baru.
Alhamdulillah, impian itu telah pun tercapai. baru sangat lagi. mudah2an kenderaan di ini menjadi pengangkutan terbaik buat diri ku dan kelurga kelak untuk ke mana-mana. tapi warna yang menjadi kegilaan ku pada asalnya adalah hijau.. tapi, bila tengok realiti saga hijau tuh, tetiba macam xcantik plak..kemudian fikir2 nak pilih putih tapi bila dapat tau sesuatu, xjadilah. umi kata, "warna merah lah cantik",katanya semasa bertanya kepadanya..tapi sahabt ku kata, merah sakit mata..kita pilih silver..warna natural,katanya. tapi harga sekarang dah naik sikit berbanding masa mula-mula dia keluar. Tapi masa tuh baru habis belajar, mana mampu..alahai..

"FATHURRAHMAN"

Maka setelah hampir setahun, baru lah selesai segala-galanya urusan beli kereta ini...fuh, payah betul nak beli kereta nie.almaklum, keje swasta...mmg lah payah skit. tapi Syukur pada Allah, 2 Ogos lepas, org proton telefon, suruh datang jemput WSU 8562 balik..
Orang kata, kenderaan ini kita perlu bagi nama pada dia..teringat sahabat di rumah yang memiliki memiliki MyVi..dia kata pada keretanya sebelum dia memberi pinjaman kepada orang lain(baca: sahabat2), dia kan kata,"kau kena jaga diri ko sendiri, klu org lain xjaga ko"..ape agak2nya maksud dia?maksudnya, dia berkata-kata dengan keretanya supaya tidak rosak dikala org yang pinjam itu ganas memandunya...hehe ada benar nya juga..jadi bila fikir2, nak bagi nama pada dia..macam sahabat2 bg nama pada kenderaan mereka..jadi petang jumaat lalu, saya pilih nama FATHURRAHMAN iaitu bermaksud,PEMBUKAAN, KEJAYAAN ALLAH YANG MAHA PEMURAH bersesuaian dgn rezeki-NYA, memberi saya peluang untuk memandu kereta SAGA baru ini..ops, sebelum terlupa, Fathurrahman ini, full-spec. Yelah SAGA kan ada 3 kategori(baca:N-Line,B-Line,M-Line,)..jadi Fathurrahman kategori mana ye? Fikir2kan...


AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster