*KEHIDUPAN*

.:FATHURRAHMAN:.  

Sunday, August 9, 2009

Salam ukhwah. pastinye masing-masing mempunyai minat tersendiri dalam hal memeilih kereta idaman. bercerita mengenai kereta idaman, xtahu kenapa saya sangat meminati saga. tapi semestinya saya baru.
Alhamdulillah, impian itu telah pun tercapai. baru sangat lagi. mudah2an kenderaan di ini menjadi pengangkutan terbaik buat diri ku dan kelurga kelak untuk ke mana-mana. tapi warna yang menjadi kegilaan ku pada asalnya adalah hijau.. tapi, bila tengok realiti saga hijau tuh, tetiba macam xcantik plak..kemudian fikir2 nak pilih putih tapi bila dapat tau sesuatu, xjadilah. umi kata, "warna merah lah cantik",katanya semasa bertanya kepadanya..tapi sahabt ku kata, merah sakit mata..kita pilih silver..warna natural,katanya. tapi harga sekarang dah naik sikit berbanding masa mula-mula dia keluar. Tapi masa tuh baru habis belajar, mana mampu..alahai..

"FATHURRAHMAN"

Maka setelah hampir setahun, baru lah selesai segala-galanya urusan beli kereta ini...fuh, payah betul nak beli kereta nie.almaklum, keje swasta...mmg lah payah skit. tapi Syukur pada Allah, 2 Ogos lepas, org proton telefon, suruh datang jemput WSU 8562 balik..
Orang kata, kenderaan ini kita perlu bagi nama pada dia..teringat sahabat di rumah yang memiliki memiliki MyVi..dia kata pada keretanya sebelum dia memberi pinjaman kepada orang lain(baca: sahabat2), dia kan kata,"kau kena jaga diri ko sendiri, klu org lain xjaga ko"..ape agak2nya maksud dia?maksudnya, dia berkata-kata dengan keretanya supaya tidak rosak dikala org yang pinjam itu ganas memandunya...hehe ada benar nya juga..jadi bila fikir2, nak bagi nama pada dia..macam sahabat2 bg nama pada kenderaan mereka..jadi petang jumaat lalu, saya pilih nama FATHURRAHMAN iaitu bermaksud,PEMBUKAAN, KEJAYAAN ALLAH YANG MAHA PEMURAH bersesuaian dgn rezeki-NYA, memberi saya peluang untuk memandu kereta SAGA baru ini..ops, sebelum terlupa, Fathurrahman ini, full-spec. Yelah SAGA kan ada 3 kategori(baca:N-Line,B-Line,M-Line,)..jadi Fathurrahman kategori mana ye? Fikir2kan...


AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ .:FATHURRAHMAN:.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster