*KEHIDUPAN*

.:JANGAN GOPOH LAKSANA HUKUMAN SEBAT:.  

Wednesday, August 26, 2009



Zulkifli Sulong
Wed | Aug 26, 09 | 7:05:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

tambahan kepada pembaca, baca juga berita di http://www.malaysiakini.com/news/111476
alfath : sumber dari harakahdaily

AddThis Social Bookmark Button


.:ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR:.  

Tuesday, August 25, 2009



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat diri saya

alfath : Nukilan sahabat dari sarawak..k.u

AddThis Social Bookmark Button


:RAMADHAN KAREEM, ALLAHU AKRAM:.  

Sunday, August 23, 2009

Salam ukhwah..

DR Ros : Jangan lupa ye anak-anak, adik-adik, sahabat-sahabat, sabtu nie 22 Ogos 2009 kita akan menyambut bulan Ramadhan..Jadi jangan lupa kita ucap pada sahabat2 kita "RAMADHAN KAREEM" dan kita jawab apabila kawan kita ucap perkataan itu?
hmm..apa ye?? tertanya-tanya sendirian..nak tanya macam malu lah plak..hehe..malu tak bertempat

Moona : ALLAHU AKRAM!!

oh, itu jawabnya..hatiku berbisik...

DR Hani : jawab ape?kenapa kena jawab itu?apa nie??

tetiba dr. nie terlepas plak dari perbincangan kami..leka dgn achik lah tu..hehe..

DR. Ros : ALLAHU AKRAM..macam kita memberi salam. jadi bulan RAMADHAN ni kita ucap RAMDHAN KAREEM pada sesiapa saja, kemudian perlu jawab ALLHU AKRAM..boleh semua??

DR. Hani : owh, itu...ye ye..insyaALLAH..

itu lah sedikit sedutan daripada usrah ringkas pada Selasa malam Rabu yang lalu..Ringkas tetapi ilmu baru untuk diriku..


Bagaimana dengan anda semua? adakah Ramadhan kali ini kita nanti-nantikan sebagaimana kita sering menantikan hari-hari bersejarah atau hari istimewa bagi kita? Di harap semua sahabat tidak sabar untuk menantikan ketibaan RAMADHAN ini.

ANAK BULAN

Seperti yang kita ketahui, Bulan Ramadhan di negara ini ditentukan berdasarkan kewujudan 'Anak Bulan'. Anak bulan ataubulan berada dalam bentuk bulan sabit menandakan kemunculan bulan baru dalam Islam. Dalam Islam kita mempunyai 12 bulan sama seperti kalender yang kita guna sekarang tetapi dalam Islam, hari dalam bulan tersebut berdasarkan kepada peredaran Bulan. Dimulakan dengan Muharram, Safar, Rabi'ul Awal, Rabi'ul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, Syawal, Dzulka'idah, Dzulhijjah. Ada bulan yang mempunyai 29 hari dan ada yang 30 hari. Jadi, di Malaysia ini, tarikh melihat anak bulan tersebut jatuh pada hari Khamis, 20 Ogos 2009, iaitu 28 Sya'ban 1430. Kalau nampak anak bulan, maka, esok lah puasa. Jika tidak, lusa. begitulah kaedah ringkasnya. Tetapi, tidak semua tempat boleh nampak, perlu dgn alat yang betul dan masa yang sesuai berserta cara yang betul.

wallahu 'alam




alfath : klu nak detail, mungkin goleh rujuk ahli falak atau jabatan agama untuk tau proses yang betul

AddThis Social Bookmark Button


.:JOM KITA PERGI:.  

Tuesday, August 18, 2009

Salam ukhwah..

Nisa' Malaysia dengan kerjasama GreenTea Colustrum menjemput Tan Sri/Puan Sri,Dato' eri/Datib Seri, Dato/Datin, Tuan/Puan, saudara/ saudari ke Majlis Pelancaran Kempen Ramadhan, Permulaan Gaya Hidup sihat pada 21 Ogos (1 Ramadhan) di Masjid Asy-Syakirin, KLCC jam 2 petang..

Ada Apa Yang Menarik

- Penampilan Istimewa, Nurdiana (baca:Ina Naim) dan Nabil (baca: Fare ast)
- Cenderamata yang menarik di dalam Goodie Beg yang comel
- Ada program Tadarus dan berbuka puasa
- Yang penting semuanya free:)

JADI JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN PROGRAM JULUNG KALI INI... DATANG JANGAN TAK DATANG

AddThis Social Bookmark Button


.:MULIANYA SEORANG ISTERI:.  

Monday, August 17, 2009


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat
kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlutakut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah iz inkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10


alfath : diri sendiri yang masih bujang

AddThis Social Bookmark Button


.:PERGI TAK KEMBALI:.  

Thursday, August 13, 2009

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan dibaca
Cemas di dada lemah tak bermaya
Lemah tak bermaya terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal kepada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah ataupun sebaliknya

Amalan dan taqwa menjadi bekalan
Sejahtera bahgia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi

RABBANI

Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang telah pulang ke rahmatullah pada 13 Ogos 2009 akibat sakit jantung...Al-Fatihah..
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..amin.........

AddThis Social Bookmark Button


.:APABILA SESEORANG PEREMPUAN....:.  

Wednesday, August 12, 2009

When a GIRL is quiet... Apabila seseorang perempuan senyap
millions of things are running in her mind.Banyak perkara bermain difikirannya

When a GIRL is not arguing ...Apabila seseorang perempuan tidak membantah
she is thinking deeply.Dia sedang berfikir sedalamnya

When a GIRL looks at u with eyes full of questions ...Apabila seseorang perempuan melihat dengan penuh tanda tanya dimatanya
she is wondering how long you will be round.
Dia risau berapa lama awak akan berada disisinya

When a GIRL answers ' I'm fine ' after a few seconds ...Apabila seseorang perempuan menjawab 'saya ok' selepas beberapa minit
she is not at all fine.Dia langsung tidak ok sebenarnya


When a GIRL stares at you she is wondering why you are lying.Apabila seseorang perempuan memandang kamu dia sedang berfikir kenapa kamu menipu

When a GIRL
lays on your chest ..Apabila seseorang perempuan bersandar pada dadamu
she is wishing for you to be hers forever.
Dia berharap kamu adalah miliknya sampai bila-bila

When a GIRL s
ays ' I love you ' ..Apabila seseorang perempuan berkata 'I love you'
she means it.Dia benar-benar maksudkannya


When a GIRL says ' I miss you ' ...Apabila seseorang perempuan berkata 'I miss you'
no one in this world can miss you more than that. Tiada siapa boleh merindui kamu lebih dari itu


Life only comes around once make sure u s
pend it with the right person ...
Kehidupan datang hanya sekali pastikan kamu meluangkannya dengan orang yang tepat

Find a guy .. who calls you beautiful instead of hot.

who calls you back when you hang up on him.

who will stay awake just to watch you sleep. Wait for the guy who ...
kisses your forehead.

Who wants to show you off to the world when you are in your sweats.

Who holds your hand in front of his friends.

Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he
is to have you.

Who turns to his friends and says, ' That's her!! '



Tonight at midnight your true love will realize they like you. Something good
will happen to you at approx. 1:42pm tomorrow, it could be anywhere.

So get ready for the biggest shock of your life. If you break this chain,you
will be cursed with relationship problems for the most important time of your life.


AddThis Social Bookmark Button


.:FATHURRAHMAN:.  

Sunday, August 9, 2009

Salam ukhwah. pastinye masing-masing mempunyai minat tersendiri dalam hal memeilih kereta idaman. bercerita mengenai kereta idaman, xtahu kenapa saya sangat meminati saga. tapi semestinya saya baru.
Alhamdulillah, impian itu telah pun tercapai. baru sangat lagi. mudah2an kenderaan di ini menjadi pengangkutan terbaik buat diri ku dan kelurga kelak untuk ke mana-mana. tapi warna yang menjadi kegilaan ku pada asalnya adalah hijau.. tapi, bila tengok realiti saga hijau tuh, tetiba macam xcantik plak..kemudian fikir2 nak pilih putih tapi bila dapat tau sesuatu, xjadilah. umi kata, "warna merah lah cantik",katanya semasa bertanya kepadanya..tapi sahabt ku kata, merah sakit mata..kita pilih silver..warna natural,katanya. tapi harga sekarang dah naik sikit berbanding masa mula-mula dia keluar. Tapi masa tuh baru habis belajar, mana mampu..alahai..

"FATHURRAHMAN"

Maka setelah hampir setahun, baru lah selesai segala-galanya urusan beli kereta ini...fuh, payah betul nak beli kereta nie.almaklum, keje swasta...mmg lah payah skit. tapi Syukur pada Allah, 2 Ogos lepas, org proton telefon, suruh datang jemput WSU 8562 balik..
Orang kata, kenderaan ini kita perlu bagi nama pada dia..teringat sahabat di rumah yang memiliki memiliki MyVi..dia kata pada keretanya sebelum dia memberi pinjaman kepada orang lain(baca: sahabat2), dia kan kata,"kau kena jaga diri ko sendiri, klu org lain xjaga ko"..ape agak2nya maksud dia?maksudnya, dia berkata-kata dengan keretanya supaya tidak rosak dikala org yang pinjam itu ganas memandunya...hehe ada benar nya juga..jadi bila fikir2, nak bagi nama pada dia..macam sahabat2 bg nama pada kenderaan mereka..jadi petang jumaat lalu, saya pilih nama FATHURRAHMAN iaitu bermaksud,PEMBUKAAN, KEJAYAAN ALLAH YANG MAHA PEMURAH bersesuaian dgn rezeki-NYA, memberi saya peluang untuk memandu kereta SAGA baru ini..ops, sebelum terlupa, Fathurrahman ini, full-spec. Yelah SAGA kan ada 3 kategori(baca:N-Line,B-Line,M-Line,)..jadi Fathurrahman kategori mana ye? Fikir2kan...


AddThis Social Bookmark Button


.:Anti-ISA @ Pro-ISA:.  

Friday, August 7, 2009

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.

Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."

Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.

Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu.

Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu."

Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

Alfath : sumber dari Malaysiakini

AddThis Social Bookmark Button


.:UNDIAN ANDA:.  



AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster