*KEHIDUPAN*

::KEK COKLAT KUKUS::  

Tuesday, July 21, 2009


Nak belajar buat kek yang mudah??Orang sibuk pun boleh buat. Sebenarnya, saya belajar buat kek ni, dari Puan Fira...Kek ini mudah disediakan bagi sesiapa yang tidak mempunyai oven..

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 sudu soda bikarbonat
setengah botol esen vanila
4 biji telur

Cara-caranya :

Campurkan semua bahan tadi gaul sehingga rata.
Kemudian, ambil loyang dan bubuh adunan tadi dalam loyang.
Selepas itu, kukuskan dia selam 40 minit ke 1 jam.


Pesanan dari Puan Fira, bahan-bahan itu, boleh diubah mengikut kesesuaian. Contohnye, kurangkan kuantiti serbuk cokla dah susu pekat. Ikutlah selera masing2. Lagi satu, tempoh kukus itu, juga bergantung kepada pengukus itu. Kalau nak buat toppingnya pun, boleh. Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga.

SELAMAT MENCUBA

p/s: dah banyak kali buat untuk sahabat-sahabat ANW

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ ::KEK COKLAT KUKUS::

 

Design by Amanda @ Blogger Buster