*KEHIDUPAN*

::TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROVERSI::  

Thursday, October 29, 2009



26 September - Berita pelik bin ajaib!! angkara siapa kah makhluk ini ada di dalam rumah?Kenapa ia ada di sini? Komen sikit..saya membuka pandangan dan ulasan anda. Mari kita terjah...

AddThis Social Bookmark Button


::Akal Manusia Sangat Pendek::  

Benarlah akal manusia ciptaan Allah ini sangat pendek. Hanya Allah, Ya 'Alim,yang mengetahui segala-galanya sedang manusia hanya boleh berhipotesis dengan tujuan tertentu. Tiada siapa di dunia ini yang mengetahui apa yang akan berlaku kecuali yang telah berlaku dan yang sedang berlaku.
Sering kali kita tak menduga sesuatu itu akan terjadi. Ya, tanpa qadha dan qadar Allah, itu juga tidak akan berlaku. Begitu juga dengan saya yang sejak kebelakangan ini asyik dikejutkan dengan berita yang tidak disangka-sangka. Tapi apa yang berlaku, tetap akan berlaku. Sangat banyak perkara yang tak capai dek akal kita, contohnye, sepanjang tahun 2008-2009 ini sudah 9 kali Pilihanraya Kecil sama ada di peringkat Parlimen dan di peringkat Dun telah berlaku di Malaysia. Dan yang terbaru di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. tak kisah siapa yang menang sekali pun, yang penting jalankan tugas anda dengan sebaiknya kerana sesungguhnya menjadi pemimpin bukanlah perkara mudah.
Berita kedua yang saya terima yang memeranjatkan saya adalah pernikahan sahabat baik yang bukan sahaja sahabat tetapi adik bagi saya. Kami telah berkawan sejak dari sekolah rendah. Dulu kami berlima, sekarang berempat, seorang lagi mendiamkan diri senyap tanpa berita walaupun masih tinggal ditempat yang sama. Pernikahannya, hanya di kalangan keluarga dan dijemput sahabat-sahabat terdekat. Pernikahan tanpa walimatul'urus. Difikiran saya terlintas perkara-perkara negatif, namun saya cepat-cepat beristighfar dan berdoa semoga sahabat baik saya itu selamat dari setiap perkara yang buruk. Bila saya selidik(baca: selidik sendiri sebab empunya diri tak mahu jawab SMS saya), rupa-rupanya kerana polisi daripada Petronas yang tak mengizinkan penerima biasiswa Petronas tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang menerima biasiswa petronas juga. Tapi kenapa xbuat kenduri terus??Mungkin kesuntukan masa. Tapi saya tidak dapat merakam detik bersejarah sahabat saya itu bersama kerana saya berada di luar Pahang. InsyaAllah, bila dia buat kenduri, saya akan hadir.Belum pun habes persoalan saya tentang perkara itu, balik ke rumah, terbaca whiteboard,saya mengucap panjang. Diberitakan anak kak Dijah bersama Ustz Ramadhon, Nur Fatimah sakit dan terlantar di hospital. Saya rasa dalam rumah itu, saya the latest yang tahu berita itu. Kemudian hari Khamis itu, kami melawat NF di wad ICU, Hospital Putrajaya. Ketika rehat, saya mengambil peluanag bersama-sama kak Ar, kak Milah dan kak Nurul. Sambil melawat saya doakan dia akan cepat sihat,boleh pulang rumah baba dan mamanya. Hati saya tersentuh tatkala melihat ketenangan mama n babanya di hospital ditemani mak mamanya. Saya pasti mereka telah redha atas musibah yang Allah turunkan kepada mereka, Allah tidak akan membebani mereka jika mereka tidak layak..SubhanaAllah, Allah telah memilih mereka untuk merasai ujian ini xlain dan tak bukan untuk menguji keimanan mereka. Kemudian hari Khamis berikutnya, pepagi tengah gosok baju, teman rumah dapat mesej dari kak Dijah, NF telah kembali ke rahmatullah. Qolu, innalillahiwa inna ilaihiraji'un. Cerita lanjut mungkin boleh buka dijahis.blogspot.com .
Hari yang sama juga Kak Ar tak sihat.Semoga cepat sembuh.
Ada lagi rasanya, tapi sudah lupa lah. Jadi berhenti di sini dulu ye. Izin laluan untuk berhenti.

alfath : terasa kerdil diri ini di depanMu, Ya Allah



AddThis Social Bookmark Button


.:BAYTUL MUSLIM : MASIHKAH MENOLAK RAHMAT ALLAH?:.  

Tuesday, October 20, 2009

Baitul Muslim masih merupakan isu yang tidak begitu diberi perhatian serius di kalangan kita. Banyak kedapatan soal pertemuan dan jodoh itu hanya dijadikan milik peribadi ataupun hanya milik ibu dan ayah saja terutama bagi pihak perempuan. Jadi, apalah ada pada sesuatu usaha untuk menyentuh hal-hal sebegini sekiranya pegangan seperti ini masih kukuh.

Masih ramai di kalangan kita yang masih tidak begitu memerhatikan saranan Rasulullah SAW agar si lelaki mengutamakan perempuan yang solehah dan si perempuan mengutamakan lelaki yang soleh dalam memilih pasangan. Barangkali kita lupa bahawa matlamat sebuah perkahwinan itu adalah untuk akhirat. Ingin mendapatkan kedamaian dalam rumahtangga, memberikan ketenangan dalam beribadat, memberi peringatan yang baik dalam melayari kehidupan, melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dan sebagainya itu semuanya adalah untuk kepentingan dan maslahat akhirat.
Sebab itu Rasulullah SAW sangat menekankan agar kita membuat pilihan berdasarkan panduan yang Islam berikan. Kepada para lelaki Rasulullah telah memberikan panduannya sebagaimana sabdanya:

“Perempuan itu dikahwini atas empat perkara, iaitu: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, atau kerana agamanya. Akan te tapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Untuk para wanita pula, Rasulullah telah memberikan dua syarat pilihan iaitu lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Bagi yang masih bujang di kalangan kita, baik lelaki mahupun perempuan, berhati-hatilah ketika kalian membuat pilihan. Kalian di kalangan doktor dan paramedik ini merasakan bahawa kalian mempunyai banyak pilihan kerana kalian berada di dalam posisi yang baik dalam pekerjaan. Ingatlah, urusan perkahwinan merupakan urusan kehidupan secara keseluruhan, malah sehingga ke akhirat, jika pada ketika ini kalian tidak menggunakan kayu ukur mengikut kayu ukur Rasulullah SAW, kalian boleh menyesal di kemudian hari.

Mungkin hari ini, dengan network yang ada, anda mampu mengumpulkan 2-3 calon sekaligus di depan mata, anda boleh kelabu mata untuk memilih 'dunia' jika iman anda tidak kuat! Mungkin kita ingat bahawa kita dah baik, tentu Allah akan menjodohkan dengan pasangan yang baik, sebab Allah ada berfirman dalam Al-Quran; "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula..." (An-Nur: 26), namun ulasan daripada ayat ini tetap menyatakan bahawa kita tetap perlu berusaha. Sebab itu dalam sesetengah hal, menyerahkan pilihan kepada ibubapa untuk menentukan jodoh adalah tidak tepat kerana barangkali ibubapa bukan mereka yang cukup soleh dan mengambil berat saranan Rasulullah SAW.

Ada juga di kalangan kita yang salah menilai masalah sekufu. Sebagai sedikit panduan, mari kita lihat erti kufu. Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu ini. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud 'sama'. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju. Namun, kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari universiti tempatan. Kalau setakat diploma, “Minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin diberikan. Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia juga dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.

Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama).

Kufu dari segi keturunan: sama sebangsa.

Kufu yang terutama adalah dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaanlah yang akan menjamin rumahtangga bahagia di dunia dan akhirat.

Lihatlah bagaimana janji Allah yang akan menolong mereka yang mengutamakan ketakwaan dalam memilih jodoh, "Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Mengetahui." (An-Nur: 32)

Oleh itu, apa yang diharapkan ialah, kita perlu berlapang dada sebelum menerima atau menolak seseorang untuk dijadikan teman hidup. Firman Allah :

"…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah :216).

Solat istikharah tidak boleh diketepikan sama sekali. Ia sebagai langkah terbaik dalam membuat sebarang pilihan terutama dalam hal memilih pasangan hidup ini.

alfath : sumber, baytulmuslim.blogspot

AddThis Social Bookmark Button


.:RAMADHAN TELAH BERLALU:.  

Monday, October 19, 2009


Diam tak diam, hari ini sudah masuk ke bulan Zul ka'idah 1430H. Berlalu lah sudah Syawal dan Ramadhan. Saya mendoakan Ramadhan yang berlalu menjadi iktibar buat kita. Manalah tahu jika nyawa kita tidak sampai ke Ramadhan 1431H nanti. Mungkin terlalu lewat untuk saya nyatakan tentang pesanan ini pada hari ini. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini mengajar kita tentang makna puasa yang sebenarnya.

Kali ini Ramadhan saya, rasanya sedikit berbeza dengan sebelumnya. Kenapa saya kata begitu? Pengalaman manis bagi saya Ramadahan kali ini. Sebabnya banyak sangat tapi mungkin yang terkuat sahaja yang saya coretkan. Ramadhan lalu, buat pertama kali saya tinggal di rumah sewa. Kalau dulu saya selalu terfikir, bagaimana orang berpuasa bersama kawan-kawan di rumah sewa. Tambahan pula, tahun ini saya telah bekerja. Jadi masa Rejab, saya bertanya kepada rakan-rakan office saya keadaan Ramadhan di office. Alhamdulillah, office saya islamik. Jadi kami di benarkan pulang pada jam 4.00 petang. Saya rasa office lain paling kurang pun, jam 4.30 petang baru pulang. Bermakna, saya pulang sejam lebih awal dari masa biasa. Walau bagaimana pun, saya tetap datang awal. Ada sebab kenapa saya datang awal ke office. Jam 7.30 pagi saya telah terpacak di tempat duduk saya. Itu pun, kalau tiada halangan untuk datang awal. Ramadhan kali ini pun, saya telah mencuba jalan lain untuk ke office. Itulah salah satu faktor untuk saya sampai cepat. Balik pun sama, saya telah mencuba jalan baru tapi saya terpaksa bayar RM 1 pada penjaga tol. Tapi semalam, saya juga telah berjaya cari jalan pulang tanpa tol.Seronoknya=) Tak perlu lagi saya bersesak-sesak di jalan raya. Hidup di KL ini, membuatkan saya belajar tentang jalan raya. Tak hairan lah jika bos saya nak ke mana-mana, diajaknya saya padahal, bukan hebat sangat pun. Orang kata, tengok papan tanda sahaja.Alhamdulillah..

Ok, kembali kepada topik asal. Bila pulang ke rumah, saya ada masa yang agak banyak berbanding sebelum puasa.Jadi, dapatlah saya merehatkan diri saya sebelum mandi dan bersedia untuk berbuka. Di mana saya berbuka?jeng..jeng..Inilah yang saya katakan pengalaman paling manis kerana sebelum ini, biasa sahaja berpuasa di rumah. Bukanlah saya kata di rumah itu tak best. Best juga. Ramadhan ini, saya belajar untuk berbuka di masjid. bukan masjid yang sama setiap hari. Tapi sebelum ini, pernah juga berbuka di masjid. Dalam fikiran saya, pasti sama berbuka di masjid di Kl dengan Johor. Rupa-rupanya tidak sama. Yang membezakannya ialah, di Johor, kami makan menggunakan dulang 5-6 orang sedulang. Di KL, makanannya dihidang. Wah, seperti dalam kenduri! Juadahnya juga mewah. Selepas solat maghrib, kami akan ke sebuah masjid lagi yang lebih dekat dari rumah untuk mengerjakan solat sunat Terawih.Solat Sunat Terawih pun saya dapat merasai beberapa buah masjid. Cuma, ade beberapa hari yang saya tak dapat terawih secara berjemaah atas alasan-alasan tertentu. Tapi kali ni, sya memang mencatat sejarah, lebih lima buah masjid yang saya pergi untuk Solat Sunat Terawih. Ada yang buat lapan rakaat dan ade yang buat 20 rakaat.itu belum termasuk solat sunat witir. Kebiasaannya, saya tidak meninggalkan Solat Sunat Witir itu. Syukran Ya Allah, memberi kesempatan pada diriku untuk menjalani ibadat puasa dengan sebaiknya. Tapi pada kali ini, agak sedih kerana sekali lagi , sya tidak dapat beriktikaf di 10 malam terakhir di mana-mana masjid kerana beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Sungguh pun begitu, amalan saya mengaji habis satu naskah Al-Quran di bulan Ramadhan, tidak saya tinggalkan sejak saya akil baligh lagi dan saya percaya yang pembaca-pembaca juga tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran ketika bulan puasa. Diharapkan sikap itu akan berterusan sehingga nyawa kita ditarik keluar dari tubuh badan kita.Itulah sedikit sebanyak tentang Ramadhan 1430H saya. Ramadhan yang mengajar saya tentang erti dan nikmat puasa. Pada kali ini juga banyak program-program berbentuk kebajikan yang saya sertai bersama.Alhamdulillah.

alfath : nantikan tentang pengalaman Syawal pula

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster